Please Like This Page Support Us!

Free FM Live Radio Internet Streaming Online

Free internet live radio stations from various categories of music radio online and news worldwide. The internet radio will be broadcasting and streaming live to your computer. That is the power of online streaming radio!

Puteri Sarah nafi semua cerita

Pelakon baru masih membela kekasihnya Ammar yang mendakwa segala kontroversi tersetus kerana sikap kurang ajar seorang jurugambar

SELEPAS dua kali percubaan 'menerjah' aktres Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 24, yang juga pelakon utama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM) menemui jalan buntu, akhirnya dia yang menimbulkan kontroversi panas gara-gara dakwaan bergaduh dengan teman lelakinya, Ammar Alfian Aziz, 22, di depan sekumpulan wartawan ketika tayangan media filem berkenaan baru-baru ini, berjaya 'dicekup'!

Sarah ditemui di lokasi penggambaran drama terbarunya, Asmaradana di sebuah banglo di Ampang Utama, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu. Kehadiran pihak wartawan amat luar biasa apabila hampir 30 petugas media cetak dan elektronik ‘menyerbu’ lokasi berkenaan apabila menyedari kehadiran Sarah di situ selepas mendapat undangan daripada Unit Perhubungan Awam & Acara TV3 untuk menyaksikan pembikinan sebalik tabir drama berkenaan.

Kehadiran penulis yang disertai sekumpulan wartawan dan jurukamera daripada program popular TV3, Terjah kali ini tidak sia-sia apabila kelibat Puteri Sarah sudah dapat dilihat di dalam banglo berkenaan. Percubaan menemubual Sarah beberapa kali terganggu apabila dia diarah krew produksi bersedia di lokasi untuk penggambaran babak seterusnya.

Berlaku pertengkaran kecil antara penulis dan krew produksi yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghalau pihak wartawan keluar dari lokasi penggambaran sekiranya gagal menemubual Sarah dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu kira-kira 10 minit saja. Selepas bertegang urat, akhirnya Sarah berjaya ditemubual walaupun dalam jangka waktu singkat.

Tidak berpuas hati dengan jangka waktu yang diberikan, penulis bersama team Terjah terpaksa menunggu sehingga waktu makan malam untuk meneruskan perbualan bersama Sarah sekalipun terpaksa menemubualnya di hadapan sekumpulan krew produksi dan pelakon lain seperti Norish Karman, Mustapha Kamal, Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam serta Iqram Dinzly yang sedang menjamu selera.

Sarah yang sebelum ini gagal dihubungi berkenaan isu pergaduhan bersama Ammar yang dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu gara-gara bergambar mesra dengan hero LPSdM, Nabil Ahmad, didakwa cuba melarikan diri daripada pihak media massa apabila dia gagal menjawab semua panggilan telefon, malah kiriman SMS juga tidak mendapat sebarang balasan daripadanya. Ini satu tindakan kurang ajar!

Seperti Ammar yang meluahkan perasaan amarah dan ancaman terhadap wartawan menerusi laman sosial, Facebook, Sarah juga berbuat perkara sama apabila dia menyelar pihak berkenaan yang didakwanya menyebarkan fitnah terhadapnya.

Puteri Sarah mohon maaf

"Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman SMS daripada pihak wartawan. Sebenar saya tahu apa soalan yang hendak ditanya dan saya tak boleh menjawab bagi pihak Ammar kerana dia yang sebenarnya dicari pihak wartawan.

“Saya tak faham, bagaimana boleh timbul cerita, ada orang nampak saya bergaduh dengan Ammar? Saya menafikan apa yang berlaku. Ammar sebenarnya marah kepada jurugambar, Rashid (Mahfof), dia menceritakannya kepada saya,” katanya.

Sarah juga terus menafikan tidak berlaku sebarang pergaduhan membabitkan dirinya dengan Ammar yang dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu kekasihnya itu apabila melihat dia bergambar mesra dengan Nabil sekalipun ada ramai saksi pada hari kejadian yang memerhatikan perlakuan Sarah dan Ammar di khalayak ramai seolah-olah sedang berlaku pertengkaran.

“Mereka hanya nampak daripada bahasa tubuh, tapi tak dengar apa yang saya bualkan bersama Ammar. Adakah itu sudah membuktikan 100 peratus kami bergaduh? Tidak pernah timbul perasan cemburu saya bergambar dengan Nabil kerana sebelum ini pun Ammar pernah berada di lokasi LPSdM dan mengikut saya menghadiri fotografi bersama Nabil.

“Saya bertanya kepada Ammar, kenapa jadi begini (marah-marah)? Apa dah berlaku? Ammar menceritakan kepada saya, jurugambar (Rashid) berkenaan kurang ajar! Nak sentuh-sentuh, nak tolak-tolak, cakap baik-baiklah. Kata Ammar lagi, sudahlah tak minta maaf, jurugambar berkenaan pergi begitu saja. Tambah Ammar, jurugambar itu menyentuhnya dengan kasar,” terangnya lagi.

Nafi bidas wartawan dalam internet

SELEPAS insiden berkenaan, Sarah terus meninggalkan majlis tayangan media LPSdM tanpa menunggu filem berkenaan selesai tayangan. Ada dua dakwaan kenapa Sarah berbuat begitu, pertama dia perlu bergegas ke lokasi penggambaran drama dan kedua, ibu Sarah memaklumkan kepada penerbit filem berkenaan, Aminah Rhapor, anaknya terpaksa meninggalkan majlis kerana perlu menghadiri kuliah. Mana satu yang betul?

“Sebetulnya saya ada shooting. Tapi, ibu saya tahu, saya ada kelas dan shooting. Justeru, apabila ada yang bertanya, dia main jawab saja,” jelasnya.

Pun begitu, tindakan Sarah meninggalkan majlis, sekali gus membiarkan wartawan menunggu tanpa memaklumkan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku adalah satu perbuatan biadab! Sekali lagi Sarah mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.

Sarah juga menafikan dia menghentam wartawan menerusi Facebook kerana dia tidak menamakan wartawan atau sesiapa pun dalam laman sosial itu apabila menulisnya secara umum.

“Kalau saya tak waras, saya juga akan tulis ‘four letter words’! Tapi, saya menulisnya secara umum, apa yang datang daripada hati. Tulisan itu saya tidak tujukan kepada sesiapa. Saya pelik, kenapa ada pihak yang terasa? Saya juga tidak menuduh siapa yang memberitahu kepada produser (kononnya Sarah bergaduh dengan Ammar).

“Justeru, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati terutama pihak media,” katanya lagi.

Bagi Sarah, sekalipun pihak wartawan sudah melabelkan Ammar sebagai seorang artis yang ‘bermasalah’, dia tetap meneruskan perhubungannya dengan model pakaian dalam itu sekalipun Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pernah menasihatkan Ammar supaya tidak lagi menjadi artis!

Entri Menarik Hari Ini

Flag Counter

free counters